Khamis, 25 Oktober 2012

Handphone Bodoh

Hai alls.. hari ini saya nak cerita tentang handphone. Ok, saya guna handphone model Sony Erikson - TXT PRO CK15i.. Ok, masa mula-mula saya beli phone ini, memanglah rasa seronok.. handphone yang dulu ( model Nokia N-70) habis tolak ketepi.. hehe. Biasalah, baru pertama kali beli handphone dengan duit dan titik peluh sendiri. Bila dah dapat phone itu, ok, saya bawak balik rumah..  tetapkan setting, tak nak bagi jatuh, no calar skrin.. pendek kata jaga bagai menatang minyak yang penuh. phuii..

Mungkin ada lebih sebulan lebih saya guna, this phone dah mula tunjuk belang..nak tahu belang yang macam mana??Ok, check it out

1. PLEASE WAIT
- Probs ini akan berlaku dalam perkhidmatan Mesej/Messaging. Saya dah banyak kali terkena dengan masalah ini, ok, misalnya , kalau nak hantar mesej penting kepada parents atau rakan , takkan boleh punya, melainkan matikan semula handphone itu dan hidupkan kembali . Tapi, tak semudah itu, hehe..  masih lagi menyuruh anda menunggu tanpa penghujung.. so, untuk acces ke dalam messaging, mestilah kena load segala data2 dalam memori handphone ini, contohnya, buka folder Photo dan Music..bila semua nya dah boleh buka, baru boleh masuk messaging.

2. Opening Contact Information
-  Probs ini pula related with contact list.. ini lagi parah. yang ini selalu buat saya runsing, imagine kan dalam keadaan darurat nak call bapa untuk perlukan pertolongan, then bila buka contact list dia boleh pula bagi kau tunggu.. mengarut gila kan?! kalau tak hafal nombor ( nasib baik saya hafal ),contact list buat hal.. jawapannya :
Public Phone juga akhirnya ;p

3. Folder Gambar&Music
 - Mengambil masa yang lama untuk membuka fail gambar dan music. Paling lama dalam masa 15 minit or less than 10 minit.

4. Skrin Terlalu Sensitif ( touch screen )
-  kerap berlaku bila melayari internet dari handphone ini. tak boleh goyang sikit dia akan KLIK2 semberangan tak mengira tempat. Bahaya online FB kat handphone ini.

5. Automatic Dialling
- Perkara ini sangat memalukan kalau tak kunci skrin. ada persaman dengan No.4 , skrin sensitif.. so secara random dia akan ter'KLIK' kenalan dan pilih nama kenalan.. lepas itu akan mula mendial. Kredit pun habis jika tak sedar dengan segera -.-

6. RE-START SENDIRI
- restart tanpa sebab . itu saja yang dapat saya luahkan.


See,  ada 6 problem ( sebenarnya lebih). kalau pengguna lain ada 1 masalah dalam handphone mereka terus nak tukar handphone ( biasanya kawan2 saya ) saya pun tak tahu kenapa saya boleh bersabar bertahan dengan handphone ini. Sedangkan, handphone ini paling teruk dalam dunia. serious!! paling teruk okay.. HuHuHu

*sometime kawan2 kecil hati kerana lama tak SMS, or saya tak reply mesej*


JANGAN BELI HANDPHONE NI!!

Kenapa tidak boleh switch to OLD interface blog?

Hey.. dalam kesibukan aku mengedit blog tadi, baru perasan , blog ini dah tak boleh switch kat Old Interface.. lama juga aku mencari settings untuk mengembalikan old interface blog, tapi malangnya aku tak berjaya. Dah banyak kali cuba, search di internet cara2 nak tukar balik kepada yang lama , segala nya tak berjaya. Rasa kecewa dengan New look blogger sekarang ini, kalau dulu masih bolehkan.

SO lepas ini, bagaimana aku nak tukar setting 'Comment' kepada 'Pop-up Window' ?? sangat leceh dan menyakitkan hati untuk difikirkan. Malah bukan itu sahaja, Untuk 'disabled' kan 'Word Verification' pun susah.. Seriously, aku memang tak berapa mahir dengan penggunaan New Look blog sekarang ini, lebih2 lagi bila nak ubah setting.. kalau guna kod tak apa kan?! T.T

BOO New Interface~~~


Rabu, 10 Oktober 2012

Posting pertama saya

assalamualaikum semua. Ini adalah posting pertama saya , blog ini saya baru buat seminit yang lalu dan terus post entry ini sebagai kata-kata laluan.. Untuk info anda, blog ini bebas dari segi genre dan kategori. Selamat membaca