Rabu, 21 November 2012

Samsung Galaxy SIII terbaik

Hi alls..

Semenjak ada smartphone ni, aku rasa kehidupan aku terasa senang dan ringan. Adanya peranti pintar ni,aku boleh online facebook, blogger, youtube, wikipedia(bajet nerd jap)dan macam2 lagi tanpa sebarang 'kelembapan' dan 'hang/stuck'. pendek kata, dengan adanya peranti pintar ni, segalanya menjadi mudah.



Sebab apa ? Aku boleh online kat mana mana tempat aku suka. Contohnya online kat dapur/ruang tamu or everywhere. Wahh.. tak payahlah bawa laptop yang berat tu. Biasanya aku suka lepak kat dapur so dah terbiasa bawa laptop..(termasuklah dengan pengecasnya :3) serabai kau tahu!!



Lepas tu, kelajuan internet dia memang 'perghh' .. aku pun speechless jap, biar betul ni?!! Masa guna lappy, internet asyik semput2 ja. Maklumlah lappy lama, kejap ok kejap tu dia hang.. sometime aku tengah syok baca blog orang , tetiba ja dia 'not responding' .. akhirnya kenalah restart balik, so masa banyak terbuang sebab my lappy ni memang lembab tak terkata T.T  ,tapi tidak dengan my new lover . Semua nya smooth ja.



Bukan tu ja aku nak share , dari segi keselesaan aku bagi 10 bintang. Selama tu aku guna lappy, rasa x best kalau baring sambil hadap laptop. Rasa tak formal pula. Kuikuikui ^^  . Tapi guna my lover ni , baring boleh,tiarap boleh, berdiri boleh duduk pun boleh.. nak terbang pun boleh.. kahkahkah.

Hah! Itu ja review aku tentang peranti S3 setakat ni.. Walaubagaimana pun, bagi aku kedua2 benda ni ada kelebihannya tersendiri. Laptop ada seribu kelebihan dan begitu juga sebaliknya. Tapi, apa2pun aku dah in love with my new lover .. SIII !!

Blogwalking

Hai alls..

Baru ja lepas blogwalking tadi. Wahh.. bermacam macam artikel aku baca,ada yang best dan ada juga yang tak best.. bila tengok diorang buat entry panjang dan selesa untuk dibaca, aku pun rasa bersemangat balik nak buat entry. (Sometime rasa malas plak :p)

Sometime aku tertanya2 juga ni, dari manalah diorang dapat idea buat entry panjang,pastu gaya penulisan pun manyak cun mehh..adalah se-das dua aku terdekah baca entry diorang. haha..

Tapi, entry macam tu selalunya aku jumpa kat blog blog terkenal. Serious! Jadi tak hairanlah kalau diorang banyak follower. *kagum* .

Nanti ada masa aku nak p ber'blogwalking lagi.. mungkin juga aku akan meninggalkan jejak kat blog diorang. Coz macam tak best juga selalu jadi silent reader ni. :3

Lalalala~

Jangan Baca!!

Hi alls..

Setiap kali aku buka blog ini ,aku rasa kosong(terbawa2 lagu Najwa).. Blog aku ni belum cukup terdedah dengan orang lain.. eh maaf, *ayat tak tahu malu ni*. Aihh.. kenapa belum ada orang yang sudi nak follow blog aku ni?? *nada sedih*

Bila aku p merantau kat blog orang lain, perghh!! Follower confirm mesti lebih dari seratus.. blog ni?? Satu horrang pun tada!! *nada tak puas hati*

Hehe.. itu ja yang aku dapat post . Bye!!

Header Blog

Hai alls..

Tengok lah!  aku dah pasang header untuk blog ni, kesian blog ni tersadai tanpa header, rasa macam kosong pula. So ada kesempatan ni aku luang kan masa dengan mengedit pengatas blog. Sebenarnya dah lama aku nak buat header ni, tapi masa selalu tak mengizinkan, sebab pagi aku kerja , malam dah balik dari kerja letih pula. Bila ada masa lapang aku pula yang malas. hehe. tapi my header takda lah cantik sangat, sederhana ja, yang penting ada hiasan lagi blog aku ni.. hehe


Selasa, 13 November 2012

Beli Handphone Baru ( pucuk dicita ulam mendatang )

Hai alls...

Aku dah save bajet mungkin around two thousand ringgit. Sebab aku dah semat dalam otak, aku akan ambil Samsung Galaxy SII, sebab perisian , fungsi dan kecanggihan yang digembar gemburkan dah boleh membuatkan aku tidur malam tak lena, mandi tak basah , makan tak kenyang.. Eh??

Samsung Galaxy SII
sumber- wikipedia nokks~

Okay, pada tarikh 27/10/2012 aku pergi kedai handphone.. Berbunga bunga hati ni taw nak beli phone baru. Yelah, selama ini aku kuatkan semangat menghadapi 'penderitaan' semasa menggunakan TXT PRO yang dicipta oleh Soni Eriksun . Tapi sebelum itu, kenalah pilih kedai yang betul-betul pro, jangan cikai macam Great Wall.nyesal beli handphone kat situ



Jadi aku pilih kedai handphone MASCOM (kedai orang cina) , apa yang aku suka , kedai dia besar, selesa, and tak bising, so aku tak rasa kelam kabut nak beli phone. Jurujual dia pun ok, humble ,funny and friendly. Akibat ke'friendly' diorang tu, secara tak sengaja pula aku terbeli Samsung Galaxy SIII ... amboi lari pendirian!! Pandai pancing yah cik adik dan cik akak. kesian Samsung S2 T.T
                                                                         
                                                                 
                                                                     
                                                                         
                                                                           
                                                                           
                                                                           
                                                                             

                                                                           TaDa!!

Samsung Galaxy SIII
Garnet Red



Nasib baik harga S3 dah turun . Aku rasa macam tak berbaloi juga kalau aku beli Samsung S2 , sebab jarak harga dia lebih kurang jauh sama ja, ala biar kalah membeli, tetapi menang memakai/mengguna.. ahak! Yang penting puas hati dan lama diguna ;p

Selamat tinggal TXT PRO, walau apa pun, jasa mu tetap ku kenang.. Sayonara~ sobsob

Khamis, 25 Oktober 2012

Handphone Bodoh

Hai alls.. hari ini saya nak cerita tentang handphone. Ok, saya guna handphone model Sony Erikson - TXT PRO CK15i.. Ok, masa mula-mula saya beli phone ini, memanglah rasa seronok.. handphone yang dulu ( model Nokia N-70) habis tolak ketepi.. hehe. Biasalah, baru pertama kali beli handphone dengan duit dan titik peluh sendiri. Bila dah dapat phone itu, ok, saya bawak balik rumah..  tetapkan setting, tak nak bagi jatuh, no calar skrin.. pendek kata jaga bagai menatang minyak yang penuh. phuii..

Mungkin ada lebih sebulan lebih saya guna, this phone dah mula tunjuk belang..nak tahu belang yang macam mana??Ok, check it out

1. PLEASE WAIT
- Probs ini akan berlaku dalam perkhidmatan Mesej/Messaging. Saya dah banyak kali terkena dengan masalah ini, ok, misalnya , kalau nak hantar mesej penting kepada parents atau rakan , takkan boleh punya, melainkan matikan semula handphone itu dan hidupkan kembali . Tapi, tak semudah itu, hehe..  masih lagi menyuruh anda menunggu tanpa penghujung.. so, untuk acces ke dalam messaging, mestilah kena load segala data2 dalam memori handphone ini, contohnya, buka folder Photo dan Music..bila semua nya dah boleh buka, baru boleh masuk messaging.

2. Opening Contact Information
-  Probs ini pula related with contact list.. ini lagi parah. yang ini selalu buat saya runsing, imagine kan dalam keadaan darurat nak call bapa untuk perlukan pertolongan, then bila buka contact list dia boleh pula bagi kau tunggu.. mengarut gila kan?! kalau tak hafal nombor ( nasib baik saya hafal ),contact list buat hal.. jawapannya :
Public Phone juga akhirnya ;p

3. Folder Gambar&Music
 - Mengambil masa yang lama untuk membuka fail gambar dan music. Paling lama dalam masa 15 minit or less than 10 minit.

4. Skrin Terlalu Sensitif ( touch screen )
-  kerap berlaku bila melayari internet dari handphone ini. tak boleh goyang sikit dia akan KLIK2 semberangan tak mengira tempat. Bahaya online FB kat handphone ini.

5. Automatic Dialling
- Perkara ini sangat memalukan kalau tak kunci skrin. ada persaman dengan No.4 , skrin sensitif.. so secara random dia akan ter'KLIK' kenalan dan pilih nama kenalan.. lepas itu akan mula mendial. Kredit pun habis jika tak sedar dengan segera -.-

6. RE-START SENDIRI
- restart tanpa sebab . itu saja yang dapat saya luahkan.


See,  ada 6 problem ( sebenarnya lebih). kalau pengguna lain ada 1 masalah dalam handphone mereka terus nak tukar handphone ( biasanya kawan2 saya ) saya pun tak tahu kenapa saya boleh bersabar bertahan dengan handphone ini. Sedangkan, handphone ini paling teruk dalam dunia. serious!! paling teruk okay.. HuHuHu

*sometime kawan2 kecil hati kerana lama tak SMS, or saya tak reply mesej*


JANGAN BELI HANDPHONE NI!!

Kenapa tidak boleh switch to OLD interface blog?

Hey.. dalam kesibukan aku mengedit blog tadi, baru perasan , blog ini dah tak boleh switch kat Old Interface.. lama juga aku mencari settings untuk mengembalikan old interface blog, tapi malangnya aku tak berjaya. Dah banyak kali cuba, search di internet cara2 nak tukar balik kepada yang lama , segala nya tak berjaya. Rasa kecewa dengan New look blogger sekarang ini, kalau dulu masih bolehkan.

SO lepas ini, bagaimana aku nak tukar setting 'Comment' kepada 'Pop-up Window' ?? sangat leceh dan menyakitkan hati untuk difikirkan. Malah bukan itu sahaja, Untuk 'disabled' kan 'Word Verification' pun susah.. Seriously, aku memang tak berapa mahir dengan penggunaan New Look blog sekarang ini, lebih2 lagi bila nak ubah setting.. kalau guna kod tak apa kan?! T.T

BOO New Interface~~~


Rabu, 10 Oktober 2012

Posting pertama saya

assalamualaikum semua. Ini adalah posting pertama saya , blog ini saya baru buat seminit yang lalu dan terus post entry ini sebagai kata-kata laluan.. Untuk info anda, blog ini bebas dari segi genre dan kategori. Selamat membaca