Isnin, 29 Julai 2013

Akhirnya Dia Buat Juga .


Hi alls..

AKHIRNYA DIA BUAT JUGA.
bertahun tahun juga kami sebagai subbie dia, minta dia buat mekap transform untuk sorang artis ni, baru dia perasan, maklum lah orang terkenal. kui! kui! kui!


PROMISE TAMANG PHAN

wajah asal 





teen to woman


Inilah dia mekap Guru yang popular kat youtube, dikenali sebagai Promise Tamang juga kakak ipar kepada Michelle Phan.. wuahh, hebatlah adik ipar pun pro gilar tentang mekap2 ni. Promise terkenal dengan bakatnya yang mampu mengubah wajah asalnya kepada orang2 terkenal dengan hanya menggunakan mekap. takpayah nak buat plastic surgery apa semua. ;0 WOW!!

Antaranya ialah :








JENNIFER LAWRENCE







ANAHI






SCARLETT JOHANSSON







ADELE








TAYLOR SWIFT










KATE MIDDLETON





Nicki Minaj





karya seni mekap yang hebat!!






Hebat idok?!! memang leh buat orang tertipu lah kalau tak tahu , tak semua orang ada bakat
yang superb cam dia ni, okey, pic kat atas tu hanya transform untuk orang2 terkenal(artis la kiranya) ja..
watak khayalan dari Disney pun ada jom tengok kat bawah ni lagi ^^














































Amacam??! Ada speechless tak.. haha~ gambar terakhir kat atas ni memang cantik dan ayu, salah satu pic kegemaran saya, bagi yang berminat nak transform kan wajah anda ke wajah yang lain boleh tengok kat channel youtube dia.. saya selalu cuba juga, tapi sikit pun tak menjadi, hantu tepung gomak pula jadinya.. okay, nak tahu apa request kami sebenarnya boleh tengok pic kat bawah lagi.. *sori derr, entri kali ni banyak gambar pulok*  agagagga~



3 tahun request akhirnya dia buat juga.. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


AVRIL LAVIGNE FINALLY!!


akhirnya dapat juga tengok Avril Lavigne versi Asian.. I love Avril Lavigne, and Promise Phan too !!







Jumaat, 26 Julai 2013

Bulan Ramadhan yang cool .


Hi alls..

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. korang jangan nak ponteng2 pulak kalau xda alasan kukuh.. cheewah~ saja nak warning even saya sendiri byk terkantoi.. huahua~

Okay, sebenarnya saya saja nak taip, dalam banyak2 bulan ni bulan puasa lah paling busy setiap tahun.. sbb apa sya kata busy, baru buat kerja sikit dah letih.. tak bertenaga.. pehh, memang manja sangat lah diri ni. Puasa ja pon bukan suruh lari pecut . Kui3. Ditambah lagi dengan tempahan biskut yang berlambak, beribu ribu biji kena buat.. so, di pertengahan bulan puasa lah kena start kan operasi untuk buat biskut.. sangat busy, buat biskut ni bagi saya amat rumit kalau nak kena hias2 g, decoret itu ini.. ayyoo, sakit pinggang mehh.. bahagi masa nak study lagi.. acececehhh.. belagak jap ;p  .

Bab tu lah saya kurang bukak blog, buka pon tengok kejap ja pastuh terus sambung keja... dah tu sampai nak ke pagi lah buat keja.. mengalahkan pelajar U, kami sahur guna meggi ja akibat x cukup masa nak masak.. ingat budak2 PhD je yang makan meggi, pembuat biskut pun makan meggi taw!!!!!! Banyak megi saya mamam tauk!!agagaga

Tapi syukur alhamdullilah, dalam kesibukan membuat biskut ni rezeki datang melimpah ruah.. dulu sikit ja yang tempah,  skg dah makin banyak.. sebab pelanggan berpuas hati dengan bisskut2 yang kami buat, dah lah comel sedap pulak tuh *ok ini dh lebih..*
Biarpun beribu ribu biji kena buat hasilnya sangat lumayan, Amy Search kata 'BERBALOI BALOI' .. dapat ja duit hasil biskut tu baru lah nak ambik glasses kat optical center nnt.. hehe.. jujur tak saya??! Agaagaga~

Jumpa lagi kamu semua...  :D

Rabu, 10 Julai 2013

Kartunis Lambok punya cerita #1

Hi alls...

 Kelakar gila lawak kartunis Lambok kat bawah nih haha...



Captur je xda scanner T.T



Boleh plak simply ct jadi pilihan tok guru tuh.. hahaha~

Ahad, 7 Julai 2013

Anime terbaik 2013# Attack On Titan

Hi alls...

Saya bukanlah peminat anime yang tegar macam geng2 otaku kat luar sana.. selalu juga missed anime yang ditayangkan kat channel Animax (715) ASTRO.. Entahlah, kalau anime kat astro rasa x best mahu tengok,  diorg pilih cerita anime yang kurang mantap dan x menarik, dahlah ulang tayang selalu.. especially anime Beelzbub tuh,jemu tengok budak kecik(sebenarnya anak shitan..konon la) xbest x kena dihati I naik muak pula tengok!! Hihhu~

Tapi, semua tuh berubah, bila saya tengok ada satu anime yang paling best dan anime yang paling terbaik pernah saya tontoni dalam hidup saya (btw Doraemon xkan pnh  dilupa).. Anime yang saya maksudkan ialah... SHINGEKI NO KYOJIN atau tajuk anime dalam bahasa Inggerish nya ATTACK ON TITAN.. okay, bagi yang x minat anime tu jgn terus judging ye. Saya yang dah mula pudar hati dengan anime terus rasa bersemangat balik bila menonton anime ni padahal baru tgk review kat youtube terus I tangkap cintun ngn anime AOT ..hihi~

Well..seriuslah, baru episode satu dah buat penonton berlinangan airmata, betul saya x tipu ye..saya salah satu penonton tersebut..ahakz~  siapalah yang x nangis bila emak/ayah kita dimakan hidup2 oleh gergasi@titan depan mata kita sendiri..serius x boleh terima!!!! Dan apa yang saya suka dengan anime ni jalan cerita dia sangat cool dan mudah difahami,koz anime yang biasa saya tengok plot dia banyak yang bosan.. penonton mahukan jalan cerita yang boleh buat kita tertanya-tanya, lucu, serius dan berdebar-debar.. part yang paling saya suka bila para pahlawan bertarung nyawa membunuh titan yang besar tu, titan ni dia pandai tangkap askar yang terbang2 m'gunakan 3D manuver tu, kalau tertangkap memang kena ngapp lah.. tuh yg buat kita berdebar..




TITAN :

Besar&Ketinggian titan





creepy gila senyuman titan ni..titan yang makan ibu Eren hidup2!!






titan makan Eren





antara titan yg makan penduduk2 di wall maria




Watak:


Mengenai watak saya pilih Mikasa Ackerman , Sasha Braus dan Jean Keirschtein.. hihi~ Eren okay lah juga, tapi x suka dengan sikap dia yang kelam kabut dan  terburu2...sesak nafas I tengok taw!! Okay, kenapa saya pilih Mikasa, dia pintar, apa yg diajar dia mmg cepat tangkap pastu biarpun dia pendiam dia antara askar yg paling handal .. kiranya dalam anime&manga watak Mikasa memang perfect !!











Sasha Brausser..okay , watak ni paling lucu dan menarik, antara yang membuatkan saya terus follo anime ni sebab Sasha ..biarpun dia kurang muncul dan menyerlah dalam anime AOT tapi watak ni agak femes juga hanya disebabkan dia makan kentang time latihan scouting legion..





Berani gila Sasha ni !!






buat2 innocent lak!



Jean pula..  dia ni suka bangga diri ,dan cakap x berlapik sebab tu dia selalu bertengkar dgn Eren(wat sesak nafas gk..kui3) tapi walau apapun, Jean tetap jadi watak kegemaran saya.. handsome..lampai.. jujur..berani..bla bla bla~





JEAN KEIRSCHTEIN




Kau nampak gigi I yang berkilat ni??


Ada banyak watak lagi, tapi cukup 3 orang je..kalau nak tahu sangat pergilah tengok anime tu..or kalau korang xsuka anime..boleh baca, mmg adaptasi dari manga pon..kui3x~ tapi bila dah tengok anime ni dah tahu jalan cerita dia rasa mcm malas pulak nak baca manga dia.. tapi oleh kerana obses saya tetap baca gak biarpun ada satu masa saya main skip je.. hehe~ manga ni dia mmg full stori pnya banding ngn anime..


Lagu Tema:


Yang last.. OST anime ATTACK ON TITAN.. well, yang ni pun antara kegemaran saya ni.. dulu2 saya x berapa layan lagu jepun, tapi sejak layan anime terus terminat pulak.. dari Kpop ke Jpop.. lagu anime kebanyakan best2 belaka, kalau dah suka terus download..buat mp3, bosan2 pasang lagu tu terus imagine kan diri ini berada kat alam anime..memang I feeling habislah..dah jadi hobi.haha.. okay soundtrack dia " Guren no Yumiya " ..dan suka dengar part ni "Sie sind das Essen und wir sind die Jäger!"  siap jadi ringtone handphone..ahakz~  kazen I tegur "lain macam bunyi ringtone mu ni"..koz part tu ala2 Choir .. haha~ kalau korang perasan tahulah ;p








kecewa , kecewa ingatkan movie dia
dah keluar rupanya fan made poster .. tapi poster ni memang  MARVELOUS!!

harap2 akan ada movie ni in da future ^_^

( PIC SUMBER GOOGLE)