Khamis, 7 Mac 2013

Kagum dengan Kate Middleton


Hi alls..

Entry ni tentang Kate Middleton a.k.a The Duchess Of Cambridge, isteri kepada Putera William. Aku kagum dengan beliau sebab dia ni mesra rakyat cam hubby dia gk, bkn pasal tu ja aku nak taip tapi ada banyak g kat bawah. Tak perlu diperkenalkan lagi sebab c Kate ni sedia popular even dia bukan seorang artis pun. lalala~


'` Psst..Will, cover la sikit jongang kau tu,malu la orang tengok.huhu`'.


Aku kenal kate ni masa aku 11 tahun g setelah my sis beli majalah BK ( Bintang Kecil ) keluaran 200?, cuma masa tu aku tak pernah
tengok pic dia , sbb teknologi masih belum meluas pada masa itu, plus time tu aku masih lagi mcm bebudak..
apa aku peduli tentang kehidupan Putera William ngn kekasih nya tu kn?!
Tapi start 2007 dah mula dengar desas desus ttg c William ngn c Kate ni, ada la yg cakap diorang dah putus, c Wiliam ni
dah ada teman baru, banyak lagi lah rumour ttg dorg ni.. tpi aku tgk dorg dua kool ja tak seperti yang digambarkan oleh pihak media.
first aku tgk pic c kate ni (pic dia ngn wiliam ) , aku dah dapat agak yg dia ni bukan wanita yang semberangan . Biarpun dulu dia pernah menjadi mangsa buli oleh
rakan2 nya di sekolah tak bermaksud dia ni sorg yg lemah and boleh diperguna2kan. betul x??! hehe.. start dari situ aku dah mula kagum dengan c Kate ni,
luv her personaliti , xmurah dan xjuga terlalu jual mahal. No wonder la c William ni terus tangkap leleh kat Kate.. chewahh~



'`Kate, pose cantik2 skit, ada paparazi ambik pic kitalah. *Terharu*`'


Dari segi perkahwinan diorang pun aku suka, maklumlah perkahwinan diraja mestilah kena nampak mahal, ada kelas, teratur dan
meriah. tidak lupa juga dengan jemputan orang2 ternama spt David beckham , pasal jemputan yang aku tahu hanya David ja, yang lain aku tak tahu nama diorang sapa, besar kemungkinan  presiden Zimbabwe pun dijemput. Kate ni mmg bertuah taw, dah la berasal dari
keluarga yang berada ,sejak mengadakan hubungan p'sahabatan dgn William secara xlangsung dia pun jadi buruan lensa para wartawan a.k.a Paparazzi,
pastu leh pulak dapat boyfriend yg akan mewarisi takhta diraja England.. bertuah abis ko Kate!! kisah Kate ni aku rasa sama ja dengan kisah Puteri Diana
a.k.a Ibu mertua dia yang asal usul nya dari rakyat biasa juga berkahwin dengan putera Diraja.. hmm, bezanya C William ni kacak sikit dari bapa dia.. kui3! *gurau*

Satu lagi yang aku suka tentang Kate, dia ni sangat2 HUMBLE dan FRIENDLY , dia mengingatkan aku kepada mendiang  P.Diana. Ada orang media cakap Kate ni
'bayangan' Puteri Diana. Betulkah?? hehe. Mungkin juga. Dan tidak lupa juga dengan 'taste' dia yang sukakan kesederhanaan. aku pernah baca kat entry Sis Lulu
dulu, kes Kim dan adik nya kena reject oleh Kate.. aku dah lupa la sebab apa tu, tapi yg aku pasti Kate ni tak tinggi taste mcm Kim dan adiknya.. euww!!
Padan muka. haha.. Tambahan pula aku memang tak suka dengan kerabat2 c Kardashians ni, dimana ada kemewahan disitu juga ada muka diorang, nampak sangat  nak 'pancing' c Kate tu.. But sorry Kim, Kate lebih bijak dari kamu.. bkn mcm dia, beauty without brain.. opps!! emosional pula. Maaf readers ;p

Itulah pendapat aku tentang Kate Middleton.. yang hanya aku kenali dihadapan kamera, tapi aku tak tahu bagaimana pula personalitinya dibelakang kamera kan.. hehe, one day aku akan tarik semula entry ni jika Kate bukan seperti yang kita sangka.. harap2 la tidak sebab dia sangat2 'Inspire' orang putih kata.. kui3


* tiba tiba nak nyanyi lagu Taylor Swift - Today Was a Fairytale - *

2 ulasan:

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

kate cantik!

Namee Roslan berkata...

kate cantik and humble. sebab tu ramai org suka dia.. :D namee pun admire dia sbb dia tak diva pun.