Ahad, 7 Julai 2013

Anime terbaik 2013# Attack On Titan

Hi alls...

Saya bukanlah peminat anime yang tegar macam geng2 otaku kat luar sana.. selalu juga missed anime yang ditayangkan kat channel Animax (715) ASTRO.. Entahlah, kalau anime kat astro rasa x best mahu tengok,  diorg pilih cerita anime yang kurang mantap dan x menarik, dahlah ulang tayang selalu.. especially anime Beelzbub tuh,jemu tengok budak kecik(sebenarnya anak shitan..konon la) xbest x kena dihati I naik muak pula tengok!! Hihhu~

Tapi, semua tuh berubah, bila saya tengok ada satu anime yang paling best dan anime yang paling terbaik pernah saya tontoni dalam hidup saya (btw Doraemon xkan pnh  dilupa).. Anime yang saya maksudkan ialah... SHINGEKI NO KYOJIN atau tajuk anime dalam bahasa Inggerish nya ATTACK ON TITAN.. okay, bagi yang x minat anime tu jgn terus judging ye. Saya yang dah mula pudar hati dengan anime terus rasa bersemangat balik bila menonton anime ni padahal baru tgk review kat youtube terus I tangkap cintun ngn anime AOT ..hihi~

Well..seriuslah, baru episode satu dah buat penonton berlinangan airmata, betul saya x tipu ye..saya salah satu penonton tersebut..ahakz~  siapalah yang x nangis bila emak/ayah kita dimakan hidup2 oleh gergasi@titan depan mata kita sendiri..serius x boleh terima!!!! Dan apa yang saya suka dengan anime ni jalan cerita dia sangat cool dan mudah difahami,koz anime yang biasa saya tengok plot dia banyak yang bosan.. penonton mahukan jalan cerita yang boleh buat kita tertanya-tanya, lucu, serius dan berdebar-debar.. part yang paling saya suka bila para pahlawan bertarung nyawa membunuh titan yang besar tu, titan ni dia pandai tangkap askar yang terbang2 m'gunakan 3D manuver tu, kalau tertangkap memang kena ngapp lah.. tuh yg buat kita berdebar..




TITAN :

Besar&Ketinggian titan





creepy gila senyuman titan ni..titan yang makan ibu Eren hidup2!!






titan makan Eren





antara titan yg makan penduduk2 di wall maria




Watak:


Mengenai watak saya pilih Mikasa Ackerman , Sasha Braus dan Jean Keirschtein.. hihi~ Eren okay lah juga, tapi x suka dengan sikap dia yang kelam kabut dan  terburu2...sesak nafas I tengok taw!! Okay, kenapa saya pilih Mikasa, dia pintar, apa yg diajar dia mmg cepat tangkap pastu biarpun dia pendiam dia antara askar yg paling handal .. kiranya dalam anime&manga watak Mikasa memang perfect !!











Sasha Brausser..okay , watak ni paling lucu dan menarik, antara yang membuatkan saya terus follo anime ni sebab Sasha ..biarpun dia kurang muncul dan menyerlah dalam anime AOT tapi watak ni agak femes juga hanya disebabkan dia makan kentang time latihan scouting legion..





Berani gila Sasha ni !!






buat2 innocent lak!



Jean pula..  dia ni suka bangga diri ,dan cakap x berlapik sebab tu dia selalu bertengkar dgn Eren(wat sesak nafas gk..kui3) tapi walau apapun, Jean tetap jadi watak kegemaran saya.. handsome..lampai.. jujur..berani..bla bla bla~





JEAN KEIRSCHTEIN




Kau nampak gigi I yang berkilat ni??


Ada banyak watak lagi, tapi cukup 3 orang je..kalau nak tahu sangat pergilah tengok anime tu..or kalau korang xsuka anime..boleh baca, mmg adaptasi dari manga pon..kui3x~ tapi bila dah tengok anime ni dah tahu jalan cerita dia rasa mcm malas pulak nak baca manga dia.. tapi oleh kerana obses saya tetap baca gak biarpun ada satu masa saya main skip je.. hehe~ manga ni dia mmg full stori pnya banding ngn anime..


Lagu Tema:


Yang last.. OST anime ATTACK ON TITAN.. well, yang ni pun antara kegemaran saya ni.. dulu2 saya x berapa layan lagu jepun, tapi sejak layan anime terus terminat pulak.. dari Kpop ke Jpop.. lagu anime kebanyakan best2 belaka, kalau dah suka terus download..buat mp3, bosan2 pasang lagu tu terus imagine kan diri ini berada kat alam anime..memang I feeling habislah..dah jadi hobi.haha.. okay soundtrack dia " Guren no Yumiya " ..dan suka dengar part ni "Sie sind das Essen und wir sind die Jäger!"  siap jadi ringtone handphone..ahakz~  kazen I tegur "lain macam bunyi ringtone mu ni"..koz part tu ala2 Choir .. haha~ kalau korang perasan tahulah ;p








kecewa , kecewa ingatkan movie dia
dah keluar rupanya fan made poster .. tapi poster ni memang  MARVELOUS!!

harap2 akan ada movie ni in da future ^_^

( PIC SUMBER GOOGLE)

4 ulasan:

Aida Ismail berkata...

Tak pernah tengok lagi ni. Tapi macam best je. :D

missshoji berkata...

Sya jamin anime mmg best.. x rugi tgk, tp status dia msh "ongoing" ..penat tggu next episode hehe

Nik berkata...

sis tak minat sgt citer gini.tapi hubby suka layan..hehe

missshoji berkata...

Syor lah hubby sis tgk ni kui3 :D