Isnin, 12 Ogos 2013

Korean Eyebrows

Hi alls...

Selalunya, kalau kita tengok klip video Korea, Kdrama atau Kpop tuh.. dari dulu lagi saya memang dah perasan jenis eyebrow diorang, tak kira lah lelaki or perempuan(korean). Berbeza sangat ngn jenis eyebrow kita,etnik kita larh yang kebiasaan nya runcing dan melengkung dihujung dengan warna hitam pekat( macam kening saya)

Kalau Korea, dah sedia maklum jadi trend , ia berbentuk lurus dan tebal sedikit.. jangan lupa kena dye dulu, tapi color mesti lah blonde atau light brown ataupun mengikut color rambut..wajib sangat sebab itu lah color kesukaan diorang . contoh nya macam IU, Taeyeon, Chorong , Yoona and artis sewaktu dengannya.. tapi saya memang suka style ni, nampak natural , kemas dan menyerlah.. tapi saya kurang pastilah bentuk asal kening diorang sebelum kena renovate, sebab kening Kpop ni dah banyak kena cukur2 kan..hehe



CHORONG




IU





TAEYEON





YOONA



Nampak tak bentuk kening Korean Girl kat atas tuh?? rata2 semua samakan?! hehe, trend/tips nak buat korean eyebrows dah berlambak kat youtube, korang yang berminat boleh taip "tutorial korean eyebrow" . Tapi saya tak syorlah kalau bab cukur mencukur nie, saya pun boleh ja buat korean eyebrows tanpa cukur, hanya lukiskan dengan pencil eyebrows pun dah ok.. tapi kolor mesti Brown/light brown ;p







Bagi mereka yang berkening tebal, tak payah cukur kalau taknak, boleh ja guna concealer , tapi mesti sesuai dengan warna kulit wajah lah, pakai tebal2 sehingga menutupi area bulu kening yang nak ditutup.. boleh guna apapun jenis concealer sama ada cecair atau pun stick, tapi saya syorkan cecair sebab senang nak apply ^^




PENCIL




ada banyak pilihan warna yang bersesuaian dgn warna kulit kita


 LIQUID


Sebenarnya boleh ja buat kat salun, tapi apa salahnya kalau buat sendiri ataupun mencuba.. kalau salun mestilah kena cabut2 sikit ataupun cukur kening tuh , huh, tak rela taw.. boleh buat punya kalau ada kreativiti sendiri, kalau tak mahir pun boleh belajar dari mekap guru kat youtube tuh ^^ , bertambah jugak ilmu di dada.. cheewah ~


(SUMBER PIC DARI GOOGLE)





Tiada ulasan: