Rabu, 21 November 2012

Samsung Galaxy SIII terbaik

Hi alls..

Semenjak ada smartphone ni, aku rasa kehidupan aku terasa senang dan ringan. Adanya peranti pintar ni,aku boleh online facebook, blogger, youtube, wikipedia(bajet nerd jap)dan macam2 lagi tanpa sebarang 'kelembapan' dan 'hang/stuck'. pendek kata, dengan adanya peranti pintar ni, segalanya menjadi mudah.



Sebab apa ? Aku boleh online kat mana mana tempat aku suka. Contohnya online kat dapur/ruang tamu or everywhere. Wahh.. tak payahlah bawa laptop yang berat tu. Biasanya aku suka lepak kat dapur so dah terbiasa bawa laptop..(termasuklah dengan pengecasnya :3) serabai kau tahu!!



Lepas tu, kelajuan internet dia memang 'perghh' .. aku pun speechless jap, biar betul ni?!! Masa guna lappy, internet asyik semput2 ja. Maklumlah lappy lama, kejap ok kejap tu dia hang.. sometime aku tengah syok baca blog orang , tetiba ja dia 'not responding' .. akhirnya kenalah restart balik, so masa banyak terbuang sebab my lappy ni memang lembab tak terkata T.T  ,tapi tidak dengan my new lover . Semua nya smooth ja.



Bukan tu ja aku nak share , dari segi keselesaan aku bagi 10 bintang. Selama tu aku guna lappy, rasa x best kalau baring sambil hadap laptop. Rasa tak formal pula. Kuikuikui ^^  . Tapi guna my lover ni , baring boleh,tiarap boleh, berdiri boleh duduk pun boleh.. nak terbang pun boleh.. kahkahkah.

Hah! Itu ja review aku tentang peranti S3 setakat ni.. Walaubagaimana pun, bagi aku kedua2 benda ni ada kelebihannya tersendiri. Laptop ada seribu kelebihan dan begitu juga sebaliknya. Tapi, apa2pun aku dah in love with my new lover .. SIII !!